Alkisah, suatu masa dahulu.. cewahh. Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1980an di hospital lama Sungai Buloh. Sekarang ni hospitalnya dah takde lagi, dah ganti yang baru, tinggi dan moden. Kantin baru, nurse baru, doktor baru dan pesakit pun baru..Opps.. melalut pulak.. okla, Berbalik pada cerita yang aku nak ceritakan ni, hush..seram ni..
Adalah sorang doktor lelaki ni.., namanya Kamal yang selalu bertugas sebelah malam, maklumla bujang, orang tua pun kat kampung. Jadi boringla duduk rumah sorang-sorang, bini pun takde. Doktor Kamal ni memang.. berani, hinggakan bila jururawat bercerita tentang perkara-perkara pelik yang berlaku, dia cakap "mengarut jer korang ni, zaman sekarang mana ada hantu".
Pernah satu hari sorang jururawat tu ditemui pengsan dalam tandas. Apabila ditanya, dengan terketar-ketar dia menjawab,"aa.aa..ada..h..h..antu". Semua yang ada disitu termasukla pakcik Jaga, Doktor Kamal tu pun sama, melopong terperanjat. Doktor Kamal terus cakap,"Hish! apala awak ni, mengigaula tu. Kalau betul ada hantu, mana? tunjuk kat saya.. kalau perempuan lagi elok, leh buat bini" kata Doktor Kamal dengan yakinnya.
Bertambah meloponglah yang lainnya bila dengar Doktor Kamal cakap camtu. Malam berikutnya (kebetulan malam Jumaat), semua kakitangan bertugas seperti biasa. Malam tu hujan lebat.. sesangat, kilat menyambar dan berdentum sana sini. Tetiba sunyi semacam.. je. Lampu tak dipasang semua sebab tak ada orang luar datang, Jadi keadaan samar-samar.. jer.Di kaunter pertanyaan kelihatan seorang petugas kaunter, sorang attendant, dua orang jururawat dan Doktor Kamal sedang berbual-bual. Malam tu pun tak ramai pesakit yang mendaftar, oleh kerana mengantuk, mereka bercerita sambil minum kopi panas. Lama kelamaan suasana menjadi semakin sunyi dan seram. Ini semua gara-gara attendant tu yang bercerita tentang macam-macam jenis hantu.
Attendant tu(namanya Samad) ceritakan kisah seorang jururawat india yang bunuh diri di hospital tu. "8 tahun dulu ada sorang jururawat india, memang cantik orangnya yang bercinta dengan sorang budak melayu. Budak melayu tu boleh tahan jugak orangnya, ala-ala Shah Rukh Khan...sebab tula jururawat tu berkenan tapi sebenarnya budak melayu tu "Playboy". Dia cuma nak berseronok je dengan jururawat ni. Memang rapatla diaorang ni, ke sana sini macam belangkas."
"Kemudian.. tak lama lepas tu, jururawat tu mengandung.. tapi budak lelaki tu tak mengaku. Jururawat tu sedih sangat, jadi pendiam.. sampaila suatu hari orang jumpa mayatnya banjir dengan darah, kat dalam tandas tempat jururawat Salmah pengsan tula. .Mesti hantu dia yang berjalan-jalan kacau orang"."Ha..!" jerit dua orang jururawat kat situ."Alaa.. aku takutla".
"Hm.. kau ni Samad takde benda lain ke nak bergurau, boringla asyik cerita hantu je, aku tak takutla.. mana dia? kalau jumpa aku ajak dia kawin" kata doktor Kamal dengan egonya. "Sebenarnya aku dah banyak kali jumpa hantu perempuan tu, dia suka sangat ikut bila aku nak pergi tandas, aku sergah dia, aku cakap ikutla aku kalau berani, ha.. lepas tu tiba-tiba dia hilang, tak berani dia". tambahnya lagi.
Tiba-tiba, mereka semua terhidu bau busuk, yang teramat sangat. Makin lama semakin hampir.. masing-masing terdiam. Doktor Kamal pun terdiam. Kemudian.. pekerja kaunter dan jururawat ternganga.. lantas menutup muka dan menggigil.., . "Kenapa ni?" doktor Kamal bertanya dengan nada risau.
Tetiba.. ada suara di belakang doktor. Lembut.. sangat. "Doktor..doktor.." Apalagi doktor tu pun terkejut, bila melihatkan yang lain menggigil dia suspen. Kemudian attendant bersuara," j..j..jururawat tu". Lagila doktor tu suspen. Suara itu memanggil lagi.. "doktor... doktor...". Sebaik menoleh, punyala terkejut apabila terpandang wajah wanita india betul-betul dekat dengan wajahnya. "Mak..!tolong..! Allahuakbar..! Allahuakbar..! pergi..pergi jangan ganggu aku, aku tak cakap besar lagi.. mak!.."dalam ketakutan yang amat sangat, menggigil-gigil doktor tu menjerit minta tolong.
Tiba-tiba pula, "Hei! apa ni, ala saya mau minta tolong ni.. suami saya tu pengsan. tadi dia ada mabuk sambil bawak kereta. Saya sama suami kemalangan. Tengokla ni kena muntah ngan darah.. tolongla saya. Mesti mau daftar duluke? Semua yang ada kat situ terdiam, boleh percaya ke ni? mana tau hantu menyamar.. aiyok.. dorang tengok pompuan tu atas bawah, atas bawah.
Emm... sudahnya..apalagi ketawa sakanla semua jururawat dan attendant tu tengok gelagat doktor Kamal yang "BERANILAH SANGAT..".Ha!ha!ha! tak gelak ke? gelakla..
*PERHATIAN* Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment