"Eee...Dania! adus sakit tekak akula, beria-ia ajak aku datang sini untuk mandi ke apa?" terkejut Dania disergah Lin dari belakang.
"Beratus kali aku panggil kau tak dengar ke? berapa tahun tak korek telinga hah?" hmm ye sangatla tu beratus kali, nampak sangat tipunya hihi.
"Ish kau ni, main sergah-sergah pulak, tercabut jantung aku camana? tak ada spare part tau tak," bengang Dania. Faham sangat dia dengan perangai Lin yang cepat panas, tak sabar, banyak angin dan semua yang seangkatannyalah.
"Abis tu, terjerit-jerit aku panggil nama kau macam orang gila, yang kau ni wat dono je," Lin masih nak bela diri.
"Sorryla, aku memang tak dengar, yang kau ni pun macam tak reti-reti kita ni kat air terjun, kan bising, apala..."
"Apa sori-sori, pi naik lorilah," sambil tersengih Lin memaut bahu Dania. "Okla..tapi kau kena bagitau aku, pasal apa yang muka kau ni macam asam jawa je aku tengok."
"Tak ada apanya," Dania serba salah dah. Si Lin ni dah perasan dengan muka cemberut dia, selagi tak bagitahu, memang dia korek sampai lubang tenggiling. Bukannya apa, dia bosan bila mengenangkan keadaan dirinya. Kalau diikutkan Dania ni bukan tak cantik, tapi sayang hanya kerana kulitnya yang gelap dia sering disisih oleh keluarga, disindir dan dihina kawan sekolah. Hanya ibunya saja yang faham, sentiasa sayang dan menjaganya. Nak kata dia anak angkat, namanya dibintikan nama bapanya iaitu Nor Dania Dahiyah Binti Dahlan, dan Dahlan tu bapa kandungnya yang sah.
"Janganlah kau nak sorok..ni mesti kes kena buli ngan kakak-kakak kau lagikan?"
"Takdelah..memandai je,"Dania malas nak dengar sahabat baiknya mengomel.
"Ala..aku tak kisah kalau kau tak nak bagitau, sebab aku tau semuanya," Lin memuncungkan bibir. Konon-kononnya merajuklah tu.
"Oii!"tersentak anak dara berdua ni. Suara siapa pulak tuh? Hmm...siapa lagi kalau bukan si Kamil anak orang paling kaya kat kampung Tanjung. Dalam dok mengata Dania Dayang Senandung Hitam tapi asyik mengekor, menyakat je kerjanya.
"Hai sayang..! buat apa kat sini? ala..kau cuci badan kau kat sinike..kat rumah atau kat mana-mana pun..takkan putih jadinya kulit tu jadinya..hahaha."
"Eleh, gelakla gelak, aku sepak sekali, terus jadi katak baru tau, ish..sibuk jela kau ni. Apehal tak habis-habis nak kacau kawan baik aku ha! Jomla blah Dania..bisingla..tetiba banyak katak yang burok rupa..eee geli..,"sambil menggeli-gelikan badannya. Hihi lawak pulak kawan aku si Lin ni. Tapi Aku sendiri pelik dan geram dengan Kamil yang tak sesudah nak mengganggu gugat hidup aku.
Semasa Dania dan Lin nak melintasi Kamil, tiba-tiba tangan Dania disentap dengan kuat.
"Apa ni? sakitlah...lepaslah tangan aku Kamil..."
"Jangan harap aku nak lepaskan, siapa suruh kau sombong sangat dengan aku. Kalau dengan Adam kemain lagi kau melayan, apa yang dia ada? lainla macam aku, anak orang kaya, hensem plak tu, betul tak kengkawan!"
"Betui, betui, betui...,Ha ha ha...!"disambut kawan-kawan Kamil berserta dengan gelak ketawa.
Puas Dania cuba melepaskan tangannya tapi cengkaman tangan kasar Kamil sangat kuat. Lin pulak dah mula menangis ketakutan.
"Dania..camana ni..?aku takut..waaaa...," dan Dania hanya memandang tajam pada wajah Kamil.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~bersambung~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment