Apa yang paling penting dalam hidup aku ? awak?
Kalau ditanya pada siapa2 pun rasanya mesti ramai yang jawab:
Habis mana taknya.. kemana pergi pun semua guna duit, zaman sekarang ni memang semua orang mata duitan.
Tapi aku pulak.. tambah-tambah lepas kehilangan bonda yang paling aku kasihi. Aku dah sedar bahawa aku lebih perlukan kesihatan yang baik. Nak tak nak korang kena setuju. sebab apa? sebab untuk bangun ceria setiap hari kita kena sihat. untuk bekerja kuat setiap pun kita perlu sihat. bak kata untuk cari duit kita memang wajib sihat. Kalau asyik sakit-sakit jawapannya on MC jela.. then gaji kena potong. Abis...
Yang kedua barulah duit hehe.. dolu-dolu memang aku pilih cinta & kasih sayang yg utama tp selepas melalui pengalaman aku terrpaksa pentingkan duit dulu. Jangan salah faham plak, aku bukan nak kikis duit orang lain, tapi aku lebih suka duit tu hasil dari titik peluh sendiri. Kalau kikis duit orang tu langsung tak berpeluh :) yela.. macam2 boleh buat, selain bekerja makan gaji, boleh berniaga, boleh berlakon, masuk pertandingan ke..? kan kan
Seterusnya barulah pilih cinta & kasih sayang. Dengan adanya kesihatan yg baik dan duit, semua orang dapat melahirkan cinta. Kalau tak jadilah cam cerita ni: 'berkahwin atas dasar cinta, tak memilih duit dan harta benda. Selepas berkahwin, setelah melalui pengalaman hari2 sehinggalah dapat zuriat, nak makan, nak susu, nak bayar bil, nak beli ni, nak bayar ni bayar tu... last2 bergaduh jer kerjanya laki bini. Kalau macam ni, camana nak bahagia? cinta & kasih sayang pun takde makna kecuali bagi yang setia dan bersabar. betul tak? kalau tak setuju... masing2lah yer.
Cinta tentulah perlu.. tanpa cinta takkan lahir kasih sayang. Hubungan pun memang takde maknanya juga.
Lain-lain apa ye? bagi aku tentulah anak-anak sebab aku suka baby dan kanak2 apatah lagi anak sendiri.. sukanya..
No comments:
Post a Comment