Terengganu...na na na na na terengganu kite...
Sebelum mandi manda bergambor dulu hehe...
Pertama kali sampai kat Kuala Terengganu.. terujanya...tambah plak jarang-jarang jumpa laut. Sambil menyelam minum air..berpeluang tengok negeri orang. Menetap di Pulau Duyong meninggalkan kenangan yang manis...bukan sebab hotelnya (memang Riyaz Heritage selesa sesangat) tapi kerana pemandangan kat situ yang cantik.... banget. Waktu pagi, petang... malam.. sentiasa bertukar warna, melihat bot-bot nelayan... indahnya ciptaan ALLAH.
Kalau rasa penat jalan kaki bley naik beca.. tapikan... ishh... rasa tak sanggup nak suruh pokcik tu mengayuh.. kesianler.. cam ayah aku je.. takpelah.. ambik gambar jelah... k pokcik.. gggggg
Sempat jugak pi kilang batik Nor Arfa.. tabikla.. bermula dari perusahaan kecil jenama Nor Arfa dah meniti di mulut penggemar batik sutera. Kalau korang pi situ korang berpeluang cuba mencanting batik sendiri dengan membayar RM10 sahaja. So, tunjuklah bakat terpendam tu.
Kalau rasa nak makan keropok asli Terengganu pergilah ke Pasar Payang. Macam-macam jenis keropok ada. Apa bezanya? bezanya tentulah isi ikannya yang lebih terasa, tak macam kat KL yang rata-rata keropok lekornya keras dan lebih rasa tepung dari ikan. Cewahh.. cam jalan-jalan cari makan plak.
No comments:
Post a Comment