Orang kata dia gila, tapi dia nyanyi macam orang lain juga



Hmm kalo orang yg normal pun rasanya tak boleh nyanyi merdu camni.. ntah2 kalo dia normal dan sihat walafiat boleh jadi ustaz @ imam muda. Naper sampai dimasukkan ke sini yer? 

Banyak punca manusia boleh jadi tak siuman atau gila, samada kecewa, putus harapan atau terlalu marah. Marah pada diri sendiri atau pun marahkan orang lain. Namun sebagai orang islam, orang boleh jadi gila bila iman semakin menipis dan tak redha dengan ketentuan ALLAH.

Sebab tulah kalau sesetengah orang yang tak beriman senang2 je cabut nyawa sendiri, sanggup merompak, meragut dan membunuh. Tapi kalau masa buat tu dah memang sah sakit mental tak boleh buat apalah malah lebih merbahayakan.

Kalu dorang membunuh atau mengamuk semuanya akibat tekanan yang teramat dahsyat. Macam pemuda ni pulak nampak dia macam tenang je. Mungkin dia frust kerana cinta ditolak atau kehilangan orang yang disayangi. 

Walaumacam manapun mereka2 ni ada kelebihan2 lain di sisiNYA seperti menurut riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam,:

”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”


Yela sebab dorang buat sesuatu tanpa sedar dan sah2 tak boleh berfikir dengan betul kan?




Dulu pernah ada pengalaman dikejar orang gila waktu kat kampung, sekarang tak taula apa jadi kat dia. Asalnya orang ni tak gila pun tapi dia terlalu kuat belajar dan memang bijak pandai... tak taula memang minat sendiri atau dipaksa orangtua. Tapi akibatnya itulah... mungkin otak dah sarat menangung bebanan ilmu sampai jadi gila. Dia kejar aku dan beberapa kawan lain sambil menjerit, "nak kawin! nak kawin!.." fuh nasib baik tak dapat. Kesian pun ada. hmmm...kita kekadang bila masalah bertimpa2, mulala berfikir, menangis dan termenung macam nak gila juga..mujurla masih ingatkan ALLAH.



No comments:

Post a Comment

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Jom tengok blog kengkawan...