Assalamualaikum
Lamanya tinggalkan blog kesayangan nih. Rindu sangat tp tanggungjawab lain membataskan peluang. Walaupun blog ni tak brp nak femes tak apa sebab bukan itu yg akk cari. Hanya sebagai medan merapu hihi. Rasa lega dapat menaip di sini biarpun tiada yg sudi membaca. Tapi bg yg sudi dan sering melawat terima kasih daun keladi..rajin-rajinlah jenguk lagi :) mmuahh.
Salam paling manis untuk semuanya. Pagi ni nak meluahan perasaan sikit.
Sedih saat baca komen dan status politik, penuh caci maki kata nista tak kira dari pihak mana2 pun. Sedangkan apa diajarkan dalam Islam dan apa yang dicontohi Rasulullah S.A.W. adalah berbeza. Bersikap lemah lembut dan saling menghormati bukanlah bermakna kita kalah dan tak berdaya.
Marah dan maki hamun bukan kerana kita sentiasa benar dan berkuasa, tapi sebenarnya kerana emosi. SubhanaAllah...semoga kita tak biarkan kemarahan, permusuhan dan caci maki merosakkan iman dan akhlak kita. Kesan yang buruk pastinya mendatangi anak2 kita. Nauzubillah.
Andai tak mampu mempertahankan adab kemelayuan yang santun, kembalilah kepada Islam. Jangan biarkan Semua perilaku buruk memberikan perspektif buruk kepada agama Allah S.W.T.
1) Berprasangka baik melindungi kita dari permusuhan.
2) Berlemah lembut mencermin peribadi yg baik sebagai contoh kpd anak2
3) Saling hormat dan bahasa yg sopan dapat membuka hati dan membentuk orang disekeliling. InsyaALLAH asalkan ikhlas.
"إن الله يعطي على الرفق ما لا يعطي على العنف, وما لا يعطي على ما سواه".
“Sesungguhnya Allah memberi (keutamaan) kepada kelemahlembutan, yang tidak diberikanNya kepada kekerasan, dan tidak juga diberikanNya kepada (sifat-sifat) yang lain.” (HR. Muslim dari ‘Aisyah ra.)
Saya sendiri hidup dan dididik oleh ibu bapa yang sangat kaya dan indah dengan kasih sayang. Kelemah lembutan tanpa kata nista menjadikan kenangan hidup sangat-sangat indah. Yang utama..saya dan adik beradik sangat-sangat menghormati mereka meskipun hidup serba kekurangan.
Mohon maaf andai ada yang terasa hati. Hanyalah luahan dari hamba Allah yang sederhana dan sayang semua saudara seislam...dan seorang ibu yang bimbangkan masa depan anak2nya. Wallahualam.
Mana salah tolong betulkan...
Mana betul jom amalkan...
No comments:
Post a Comment