Terkencing dalam suar hehe
,
Sejuknya air... kalau tak mandi busuk pulak.
"Diana.. dah mandi ke belom? jangan lama-lama, nanti lambat.." laung mak.
"Ye.. dah sudah.. sejukla mak!".
"hm.. memangla sejuk, tapi kan segar badan tu, cepat.. lepas tu solat, lepas tu siap, lepas tu turun sini, minum kopi ngan makan roti canai ni, semalam kan teringin sangat.. satu hari tidur sampai kerja sekolah pun tak buat" mak merungut panjang.
Aku diam je dan buat saja apa yang mak suruh. Tapi faham-faham jela, dengan kesejukan dan kemalasan, mulut aku ni memuncung je. Bila semua dah selesai, dah tempek bedak wangi-wangi aku terus turun tangga terhinjut-hinjut.
"Ish. turun elok-elok, nanti jatuh." marah mak dan aku hanya tersengih. Selepas duduk sebelah mak aku lihat dan dah terbau keharuman roti canai buatan mak. Sepantas kilat aku capai dan makan tanpa memandang kiri kanan. Ops terlupa plak ajak mak makan sekali.
"Mak, mehla makan sama" sengih lagi.
"Sedap sangatla mak, esok buat lagi tau" Ma
k pun senyum saja.
"Hm, makanla dulu, nanti mak makan, em.. kalau suka esok mak buat lagi, makan tu pelan-pelan nanti tercekik, tu ayah dah tunggu kat luar, nanti lambat pegi sekolah" mak senyum lagi.
Aku ni buruk makan betullah. Tapi biasalah kan, baru darjah 1, lagipun aku suka roti canai, tambah-tambah pulak mak yang masak.
Sesampai kat sekolah, aku cium tangan ayah dan cakap "Assalamualaikum", ayah menjawab sambil mengangguk. Ayah aku ni sebenarnya garang juga orangnya, tapi kadangkala suka juga bergurau dan melawak sampai pecah perut dibuatnya.
Dalam kelas, aku duduk di tengah-tengah. Masa tu pakai gaun biru dan blaus putih. Rambut aku panjang berombak. Kadang-kadang mak ikat tocang, tapi hari tu aku lepaskan saja sebab aku suka bila kawan-kawan puji rambut aku cantik(perasan). Itupun atas jasa baik Yang (kakak no.3) yang jadi perunding imejku hihi.
Tak lama kemudian cikgu bahasa inggeris masuk, dan semua murid-murid berdiri.
Ketua kelas berucap, "Good morning teacher" dengan diikuti murud-murid lain. Cikgu membalas"Good morning, thank you and.. can sit now"
"Today we will continue unit 3 but, before that please show me your homework, have you done it?
Tiba-tiba aku tergamam. Ahh! aku belum siapkan, habislah aku. Seluruh badan aku menggeletar. Cikgu ni dahla garang, kena rotan nampaknya.
"Those who not finish their homework, stand up on the chair". Macam tau-tau je cikgu ni... Satu badan aku dah menggigil ni. Tapi apa nak buat, dah aku yang tak buat kerja sekolah. Semalam mak aku dah ingatkan, tapi aku tidur.. jer, padan muka aku, huhu.
Aku pun berdiri jela, dan cikgu pun keluarkan rotan. Hah! sebaik je nampak rotan yang halus dan panjang tu, apalagi tetiba je aku rasa ada air panas meleleh kat kaki.
" Eee... teacher diana kencing dalam seluar" marah betul aku, budak sebelah ni menyibuk jer, alamak, semua orang ketawakan aku. Cikgu pulak geleng-geleng kepala sambil suruh aku pergi tandas bersihkan badan. Fuh! apalagi, aku berlari sekuat hati pergi ke tandas. Aku bersihkan semuanya sambil menangis sebab malu dan aku ambil keputusan tak mau keluar dari tandas.
Mulai dari hari itu aku akan siapkan kerja sekolah yang cikgu beri terutamanya bahasa inggeris. Huhu.
oh no! nasib aku tak prnah terkencing ddlm seluar kat sekolah, kena rotan pernahla.. hehe
ReplyDelete