LELAKI OH LELAKI


Lelaki... yang diharapkan jadi pelindung umpama seorang hero macam dalam filem hindustan. Huish... dahla kacak, gagah, kelakar.. romantik, bila diperlukan jer sampai... tapi.. tukan dalam skrin jer. Khayalan...
Realitinya lelaki ni manusia biasa yang mesti ada kekurangannya tak mungkin ada semua yang di atas tapi kekurangannya melebihi kelebihan atau pun sebaliknya? Dalam dunia ada beberapa jenis lelaki yang mendampingi kaum hawa tp paling penting di Malaysia, lelaki macammana agaknya yang menjadi idaman atau pun yang sedang berpacaran? Cuba pandang-pandang dan siasat sikit orang sebelah tu, diakah idaman malaya?.

1. Lelaki Kacak
Siapa yang tak mahukan lelaki yang kacak, segak bak kata memang good lookinglah. Rasa beruntung, bahagia dan bangga tak gitu? tapi dalam pada tu berjaga-jaga.. sebab lelaki yg macam ni memang selalu dihimpit aweks lain. Lelaki macam ni juga kadang2 terlebih perasan dan bermulut manis macam gula tebu. Kalaulah korang sendiri dah memang cantik melecun dan setanding oraitlah.. tapi kalau tak abislah makan hatilah jawabnya.

2. Lelaki Kaya

Lelaki ni memang bonus untuk kaum pompuan. Tak kiralah kita ni materialistik ke... pisau cukur ke.. yang penting kalau bersuamikan lelaki kaya bertuah badan. All branded you know? hahaha... Tak hensem dan tua pun tak apa sebab poketnya terlebih hensem, lagi hahaha... korang tak nak... tipula... ye ke? Berjaga-jaga juga.. sebab majoriti yang berpoligami lelaki camnila. Mampu maa.. apa ada hal.. memang tak kedekut langsung tapi ada makna tu..

3. Lelaki Kaki Perempuan (Playboy ye.. bukan berkaki seperti kaki perempuan)

Abis tu kalau dah kacak, kaya mestilah bergaya naik bintang 3 ke.. mata helang ke.. ferarri ke.. kalau dia menyombong pun pompuan yang terhegeh-hegeh berderet volunteer to escort, adus.. korang diantaranya ke? jangan... Biasanya lelaki camni.. lidah bercabang.. pandai berjanji.. dan pandai memungkiri janji. (kaki tipula tu)fuhh pompuan keliling pinggang.. sorang blah.. yg lain mari.. tak payah dicari.. so.. kenalah lebih.. berjaga-jaga.. * itu pakej lengkap.. tapi camane plak kalau duit pun takde.. muka yang ado tapi kaki perempuan jugak.. ada tau.. sebab mulutnya still ada gula tebu.. hmm.. hati-hati

4. Lelaki Baran

Lelaki macam ni plak ada 2 kategori (cewahh), pertama dorang ni sebenarnya sangat penyayang tapi tak pandai tunjuk. Dorang terlalu caring hingga kadang tanpa sedar melemaskan kaum hawa. Kedua, baran yang memang suka melepaskan marah dan mencari silap orang. Lagi teruk kalau dah sampai naik kaki tangan memukul. Nilah golongan yang paling ditakuti.


5. Lelaki Kaki Judi

Hmm Jenis lelaki camni tolak awal-awal.. tambah-tambah tak solat langsung huhu. abislah harta benda... hilanglah berkat dan nikmat hidup. Cau...

6. Lelaki Setia

Yela.. kalau dah tak kaki pompuan mestila dorang setia.. cayalah.. janganla mudah jemu plak.. nanti cari kain pelekat plak.. cari bau.. kes naya tu.

7. Lelaki Beriman

Sejuk mata , sejuk hati.. biar orangnya sederhana serba serbi.. tak payah risau hal-hal lain, iman tu penting.. tentunya orang sekelilingnya bahagia sentiasa..

* Ada lagi lelaki kaki kereta... lain kalilah..

Pengajarannya: Biarlah serba sederhana.

No comments:

Post a Comment

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Jom tengok blog kengkawan...