Perkara-perkara yang membatalkan puasa

Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?

Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:

- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan

sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan.

- Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan

tidak membatalkan puasa.

- Muntah dengan sengaja

- Mengeluarkan air mani

- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari

- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita

- Menjadi gila

- Pitam sepanjang hari

- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari

- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam.


Persoalan lain:

1)Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang

hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi

junub tersebut membatalkan puasa saya?

Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan

puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air

ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang 2

bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)


2)Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air

ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah

kebenaran pendapat ini?

Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah

sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan

memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang

berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong,

maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk soalan 19). Samalah keadaannya jika

dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam

kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang

berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam

kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.


3)Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan

sukan renang?

Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga

perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa

seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa

dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan

dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan 20)


4)Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput)

ketika berpuasa?

Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam

badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti

ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas,

dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan

tidak membatalkan puasa.


5)Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?

Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini

adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan

tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit. 3


6)Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu

berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya.

Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan

itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?

Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga

badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak

semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana

dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak

terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda

boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan

hidung di waktu malam.


7)Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?

Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak

membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga

menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani

ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

No comments:

Post a Comment

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Jom tengok blog kengkawan...