Aishwarya Rai dan baby baru





Siapa yang tak kenal Aishwarya Rai? Satu dunia kenal.. bermula dari miss world, dia mencipta nama menjadi aktres terkenal. Tambah-tambah pulak berkahwin dengan Abishek anak raja Bollywood Amitabh Bachan. Kebanyakan filemnya capai tahap box office dan meletup. Aku sendiri suka tengok dia berlakon, menari pun pandai. muka dia cantik sangat...

Masa dia mengandung semua orang tertunggu-tunggu kelahiran permata hati Aish dan Abishek. Aku pun sama.. nak tengok babynya ikut muka siapa... mummynya ke atau daddynya?

Selepas seminggu berada di hospital, barulah nampak kelipat keluarga Bachan dan media dapat merakamkan gambar mereka. Kelihatan Amitabh mendukung cucu perempuan kesayanganya dengan penuh bahagia.

Namun, Amitabh Bachan dan Abishek suami Aish berterima kasih kepada semua wartawan & media yang sudi memberi ruang privasi kepada mereka dan mereka akan mengumumkan untuk memberi gambar wajah baby baru pada masa yang sesuai kelak.

Hmmm... apa2 pun Tahniah kepada pasangan Abishek dan Aish yang telah pun menjadi wanita sempurna. Tahniah.

No comments:

Post a Comment

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Jom tengok blog kengkawan...