Arini saja jer nak berceloteh pasal umpat mengumpat ni. Kat mana-mana mesti korang biasa tengok dan dengar orang mengumpat kan? Macammana boleh jadi sampai mengumpat? macammana dorang boleh dapat cerita tu. Hmm.. biasanya, semuanya bermula dari sangka buruklah. Lebih buruk kalau ada terselit lagi perasaan cemburu, iri hati, tak puas hati... dan macam-macam hatilah.Contoh rasa tak puas hati: kat sekolah, si A ni senget jer dengan si B hanya kerana si A selalu saja mendapat perhatian dari warga sekolah. Tambah pulak si B ni cantik, pandai tapi mungkin manja-manja sikit. Apalagi yang budak-budak lelaki suka sangat dekat dan berkawan dengan si B. Si B bertambah cemburu so, dia mulalah cari pasal. Pantang nampak si B berbedak lebih sikit dia kata si B nak mengorat. Bila nampak si B berbual dengan cikgu lelaki ke... kawan lelaki ke... dia kata nak menggatal. Macam-macam dijajanya cerita si B.
Renungkanlah surah al-Hujurat ayat 12, Allah yang ada menyebut tentang prasangka, yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”
Berpesan-pesanlah sesama kita supaya tidak menjadi seperti orang-orang seperti ini. Bersekongkol menjaja aib dan buruk orang lain. Cubalah lihat surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepadamu orang fasik (orang yang tidak mengamalkan ajaran Islam) yang membawa sesuatu berita, maka siasat dengan teliti (benar atau tidak).'
Kita lihat lagi dalam al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 12, Allah menegah sikap keji ini. Maksudnya: “...dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.”
Aku membebel ni bukannya pada awak orang jer tapi juga pada diri aku sendiri. Takutnya kalau dah terlepas cakap mengumpat orang... macammanalah nak minta maaf balik. Hmmm....Aku juga selalu jadi mangsa umpatan orang. Yela.. kadang-kadang tak sedar pun bila buat silap atau buat sesuatu yang tidak menyenangkan orang lain. Apalagi kenalah.
No comments:
Post a Comment