SUBHANALLAH..:( pagi ni sesampai je kat ofis, aku terbaca header METRO yang sangat menyiat-nyiat hati. Panas tul..Yela..memanglah tajuk suratkhabar METRO hot-hot belaka... tapi berita pagi ni sedih sangat.. Terus terbayang wajah arwah mak. Memang baghal betullah anak yang buat perangai camni. Ada ke patut tinggalkan mak sendiri yang lumpuh dan tua tak berdaya kat hotel bajet. Yela..bukan hotel bajet masalahnya...cuma dia saja yang tahu plan dia bawak maknya kat situ. Apa tujuan dia tinggalkan mak dia camtu? Mujurla pihak hotel berperikemanusiaan..buatnya dorang pun tak hingin nak ambik tau..dihalaunya orang tua ni..mana dia nak pergi.. camana nak hidup.. kes naya betul... abis..kalau betul dia tak tinggalkan mak dia, naper telefon tak angkat2. Bukan dia tak tau mak di lumpuh..bukan dia tak tau hotel tu kena bayar dan bukan bapak atau dia yang PUNYA!
Kecik-kecik disusukan, dibagi makan sampai besar..disayang2..diberi pelajaran, jatuh luka diubat.. YA ALLAH, aku tengok gambar makcik tu menangis..sedih sangat..kesian dia..sampai hati kau anak... mentang-mentang mak lumpuh, dah tua tak larat nak masak untuk kau.. kau tinggalkan je mak camni.
Kepada anak makcik tu..yang sekarang ni tau berada kat mana. Kalau ada masalah camana pun, janganlah tinggalkan mak sendiri camtu... dia dah tua..kesian.. takkan sampai hati tu... buat orang yang melahirkan awak ke dunia. Awak sakit ke? kemalangan ke? pengsan ke? takde duit ke? kalu takde duit naper bawak pi tidoq hotel.. biarla mak tu kat kampung. Kau tau tak? aku ngan adik beradik aku berebut-rebut nak jaga mak kami yang sakit kanser. Kami merajuk dan sedih bukan keran mak menyusahkan tapi sekiranya tak dapat jaga mak. Aku sendiri terkilan tak dapat jaga mak lama2. Mak duduk dengan kakak aku. Tapi aku bersyukur sebab aku berpeluang juga jaga dia, mandikan dia..sikat rambut dia, peluk dia.. tapi aku tak paham dengan kau orang yang tak sayangkan mak sendiri.
TERIMA KASIH KAT PIHAK HOTEL TERUTAMA YANG TELAH MENJAGA MAKCIK NI. HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK KALIAN.
No comments:
Post a Comment