Peragut Kantoi


Waktu tu adalah dalam lebih kurang pukul 11.00 tengahari.. waktu tu suamiku tengah sibuk menulis dan mengedar resit bayaran kepada peniaga berdekatan simpang tiga kat situ. Tetiba, dia terdengar bunyi orang bergaduh.
" Hoi!aku tau kau yang ambik rantai anak aku kan?, pulang balik...!"dengan marah, sibapak mangsa mintak rantai anaknya semula. Yelar..dahla leher anaknya luka..anak dia sendiri tunjuk dan cam muka orang yang disyak peragut tu.
"Apa pulak! masa bila aku ambik..aku bawak teksi... aku datang nak beli barang..jangan nak menuduh..!" lelaki(kita cakap suspeklah) tu berang dan tak mengaku.
"Mana boleh.. anak aku nampak muka ngkau, pulang balik!" hah..sibapak dah hilang sabar.
Suami aku yang mendengar dari tadi, terus masuk campur...bukan nak menyibuk tapi nak mambantu..so dia terus panggil suspek tu.
"Hello encik! apa2 pun berdiri kat situ, saya nak periksa encik! jangan bergerak!.." sambil berlari suamiku tak lepas memandang suspek tadi. Tapi sebaik saja dengar suara suamiku, suspek tu tersentak dan terus melarikan diri, apalagi suamiku dan sibapak tadi terpaksala kejar. Dorang menjerit mintak tolong dari orang ramai. "Tolong!, peragut!..pencuri!..penyangak!..kejar!...kepong!..."
Orang2 yang terdengar terus kejar suspek tu. Malangnya suamiku rabun..cermin mata tak pakai pulak...adus..kejar jelah...eh..betul ke dia lari kat sini, betul kot..(cakap dalam hati..). dalam dok pusing -pusing cari suspek tu..tiba-tiba tersembul suspek tu depan mata..."o mak kau opocot!"dorang sama-sama terkejut. Suami apalagi terus peluk dan grip badan suspek tu kuat2 sambil membebel."Gilala ngkau ni,nyusahkan aku je..kalau tak meragut..apsal lari hah..cer citer?!" badan suspek tu tetap tak dilepaskan. "Alaa..tolongla..lepasla..kita settlela...aku bagila kat kau sikit.." eh..eh..banyak cantik..ada hati nak rasuah2 pulak. Suamiku naik angin dan mintak tolong orang ramai kat situ."Sapa-sapa tolong cepat, peragut ni..!"
Mula-mula datang sorang abang badan berisi jadi orang kedua peluk suspek tu, lepas tu datang lagi sorang peluk lagi..hah..jangan harap lagi suspek tu nak lari."oops..ok..ok.. bagi saya lepas dulu..saya nak telefon polis.., suspek ni ikat kat pokok tu" cakap suamiku sambil tunjuk kat pokok berdekatan situ. Kesian suamiku plak yang dah kelemasan.
Sementara suspek tu tadi dorang ikat dekat pokok..muka dia pun merah dan bengang semacam jer, muka takut pun ada...tapi yang pasti ntahla, mukanya memang menyakitkan hati.
Tetiba je..cik-cik abang yang tolong tadi serbu suspek dengan hadiah sepak terajang, penampar,penumbuk bertubi-tubi dan semua yang seangkatan dengannya. "Aahh..adoi..sakitla..apa ni..waaa.." suspek tu mengerang kesakitan. "Padan muka..meragut lagi..!"jerkah sorang abang tu. Suami aku pun terkejut jugak. "Aik..aku pun tak sempat nak bagi hadiah, dorang potong jalan.., oi..ok..ok..cukup..karang mati susah plak. Suspek ni kita bawak kat pejabat JPJ tu dulu sementara polis datang, biar polis bawak dia ke balai"
Sesampai saja kat pondok JPJ tu adala 4-5 orang tengah dok berborak. Dengan muka yang pelik dan heran dorang bertanyakan."Apa kes ni?lebam-lebam muka dia?" Suamiku pun menjawab."Hm..peragut.." dorang semua tanya lagi dengan muka terkejut.
"Peragut?!"
"Ye..dia ragut rantai budak pompuan kat sana tu ha.. luka leher budak kecik tu.."
"Peragut?!
"Ye."
"Peragut?! tak puas hati lagi dorang ni..
"Ye, adus..naper tak percaya?" suami aku rasa pelik dan boring jugak. Abis dah tanya banyak kali.
"Ooo..peragut... hah..nah kau..dulu tu kau jugakla yang ragut rantai anak aku kan?" dua tiga orang belasah suspek tu. Alamak masaklah kau. Kemudian ada sorang pakcik tu menegah. "Eh..sudah..sudah..cukuplah tu..jangan pukul lagi..kesian kat dia..apala korang ni..."tapi pakcik tu bercakap sambil kakinya menendang -nendang kebelakang. Ooooo... rupa-rupanya dia pun teringin nak belasah suspek tu. "ish ish :) Adus...
Dalam 10 minit..polis sampai, dan suspek tu terus dibawak ke balai.. Sibapak dengan anak perempuannya tadi pun pergi untuk beri keterangan. Settlela sudah.. Semua orang bersalam dan ucap tahniah pada suami aku..dorang cakap suami aku yang berjaya tangkap dia, then suami aku pun apalagi tersenyum banggala..tapi yela.. sebaliknya legala.. dah memang tugas dia jaga peniaga dan pengunjung kat situ.
Selepas 1 jam 3 orang pegawai polis datang semula dengan suspek. Terbongkarla bahawa memang suspek tu peragut, dah memang karier dia dan dia sebenarnya ada partner lagi sorang. Dia tunjukkan tempat dia buang gunting untuk potong rantai dan rantai tu plak dia cakap partner dia dah bawak lari. Paling mengejutkan peragut ni adalah pemandu teksi dan teksinya turut disita. MasyaALLAH... takutnya...camana penjenayah boleh jadi pemandu teksi. Aku dahla selalu naik teksi. Mintak simpanglah benda-benda buruk ni sume. AMIN....(apa-apa pun tahniah pada suami :)

No comments:

Post a Comment

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Jom tengok blog kengkawan...