Lelaki Gentleman bagi aku tentunya yang beriman dan menjadi imam dalam rumahtangga
Macam-macam pendapat bila bercakap tentang lelaki gentleman. Ada yang kata seorang lelaki tu gentleman bila dapat melindungi wanita daripada orang-orang jahat (macam filem hindustan). Ada yang kata lelaki itu gentleman bila berani meluahkan cintanya. Ada yang kata lelaki itu gentleman bila mempunyai karektor yang gagah, macho dan kaya. Bagi aku... aku pernah kenal dengan semua kategori tersebut... namun akhirnya... apa yang aku temui... adalah sesuatu yang lain.......... sesuatu yang boleh membuatkan hidup ini bahagia dan tenang.
Lelaki gentleman bagi aku adalah lelaki yang kuat iman dan sentiasa menjadi imam kepada ahli keluarganya. Seorang suami yang mampu menjadi imam pastinya seorang yang penyabar, romantik dan bertanggungjawab. Ntahla... tapi setiap kali aku lihat seorang lelaki yang mengimamkan isteri dan anak-anaknya..hati aku pasti tersentuh dan rasa sayu... Lelaki macam nilah yang mampu menjaga keluarganya daripada segala sesuatu yang mendatang.
Siapa yang tak impikan suami yang macam tu kan? Tapi bukan yang sembahyang yang yok yer... setakat berlakon nak tunjuk baik... hai..masak jugak.. Seorang suami yang mampu membimbing kita di dunia dan di akhirat adalah suami yang selalu mendorong kita melakukan ibadah2 sebegini...lebih bahagia kalau dia romantik dan kelakar sikit. Sejuk mata memandang... kalau ada anak... tentunya mudah dibentuk dan dididik, insyaALLAH...
No comments:
Post a Comment