Akhirnya berdamai juga dorang berdua ni...eloklah camtu..buat apa nak bergaduh sebab dua2 public figure. Nak buat sesuatu kena fikir baik dan buruk. Kalau hal kecik2 ni tak payahlah nak kecoh2 atau nak memanjang2 citer kan? Tapi pada yang terlebih dulu mohon diberi tabik sebab rela bertolak ansur. Tak bermakna yang mohon maaf tu dia salah..sebab kalau dah rasa sakit mesti ada yg cubit kan?
“Saya Nor Anzalna Mohd Nasir, di atas nasihat pihak persatuan Seniman Malaysia memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya dan saya tidak ada bukti yang kukuh untuk menyokong kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 tersebut”
“Secara jujurnya saya tidak bermaksud apa-apa ketika mengeluarkan kenyataan dan tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Sebaliknya kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh pebagai pihak. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada Neelofa dan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan”, jelas Anzalna.
Tahniah kepada presiden seniman Zed Zaidi atas usaha menyelesaikan perbalahan ini. Tapi dorang bukan setakat berbaik camtu jer..sebaliknya telah menandatangani akujanji damai dan ini memang langkah terbaik untuk jangkamasa panjang.
No comments:
Post a Comment