Tokoh Budayawan, Azah Aziz Meninggal Dunia



Budayawan terkenal negara Sharifah Azah Syed Mohamed Alsagoff meninggal dunia kira-kira pukul 10 pagi, 9 Julai 2012. ALLAHYARHAMAH yang lebih dikenali sebagai Azah Aziz merupakan isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan juga ibu kepada Gabenor Bank Negara iaitu Dr. Zeti Akhtar Aziz. Datuk Onn Jaafar adalah bapa saudaranya manakala Syed Hussein Al-Attas, Syed Naquib Al-Attas dan Tun Hussein Onn ialah sepupu ALLAHYARHAMAH yang masing-masing mempunyai sejarah dan sumbangan yang sangat besar kepada negara.

Menurut sumber dari orang terdekat, sahabat ALLAHYARHAMAH sendiri Zubaidah Abdul Rahman, ALLAHYARMAH telah beberapa bulan berulang alik ke hospital kerana diserang angin ahmar, dan kematian ini adalah kerana sakit tua. Bekas PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri turut menghadiri pengebumian ALLAHYARHAMAH.

ALLAHYARHAMAH yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara merupakan kehilangan besar kepada negara. Semasa hayatnya ALLAHYARHAMAH dikenali sebagai seorang yang sangat prihatin dengan semua sahabatnya. Jasa dan sumbangannya yang banyak dan penting dalam memartabatkan kesenian dan kebudayaan melayu serta juga dalam memperjuangkan hak-hak kaum wanita yang diantaranya ialah menubuhkan Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) pada thun1967.

Pemergiannya diiringi dengan Al-Fatihah dan tetap akan dikenang sentiasa. 



No comments:

Post a Comment

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Jom tengok blog kengkawan...