CINTA SAMBAL BELACAN JUNIE OCTOVIAN

Suka baca novel yang sempoi-sempoi? Ini dia.. macam coke & sundae... memang layan..tergelak sorang2 hihi...




Tajuk: Cinta Sambal Belacan
Penulis: Junie Octovian
Harga: RM22.90

Sinopsis:



Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat segala bagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya.

Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun, akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Lily Athira kini telah dibebaskan, walaupun patah sayapnya namun dia mampu terbang tinggi. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?

No comments:

Post a Comment

My Birthday

Daisypath Happy Birthday tickers

Jom tengok blog kengkawan...