Baru saja habis tonton drama Tersungkur di kaki cinta. Sedihla cerita tu..Hm..aku ni memang cepat feeling. Tapi aku kecewa kenapa sekarang kebanyakan karya melayu mesti berakhir dengan kematian, kesedihan dan yang lagi bengang tu yang jahat tak terima pembalasan, so tak cukupla pengajaran dan teladannya. Asyik-asyik mangsa juga yang terpaksa menanggung segala risiko dan dosa.
Mungkin macam tulah yang terjadi dalam masyarakat kita. Orang perempuan kalau dah sayang dan cinta memang sanggup serahkan segala-galanya yang dia ada. Sementara, yang lelaki mendabik dada dan lepas tangan. Akhirnya jadi peristiwa macam yang dibaca dalam akhbar-akhbar yang mana anak jadi mangsa.
Macam dalam cerita ni, dengan lakonan mantap Jue Aziz, Nasir Bilal Khan dan si ibu(lupa plak nama pelakonnya,maaf ye) aku dapat selami perasaan naif seorang gadis kampung (Yana) dan kasih sejati ayah dan ibu. Yana ni bekerja di bandar dan jatuh cinta dengan seorang pemuda bandar yang kaya. Dia cinta mati tapi pemuda tu plak hanya ambil kesempatan. Sampai pada satu saat Yana mengandung, mengadu pada mak ayah...kena halau pulak. Maknya terima dan nak tolong anak tunggal kesayangannya tapi malang ayahnya tidak, dan menghalau dia dari rumah. Kasihan pada mak yang dah tua yang sebelum ini kerinduan dan kerisauan perihal anak gadisnya, terpaksa pulak menerima tamparan dugaan hebat sementelah tak dapat plak nak membantunya.
Mujurlah Yana mempunyai seorang kawan yang sangat baik, prihatin dan setia. Dia menjaga Yana hinggalah kandungannya membesar. Selama mengandung Yana mengalami tekanan yang amat teruk hingga menjejaskan kesihatan akibat dari teman-teman serumah lain yang memandang serong dan kekasih yang lari menghilangkan diri.
Kerana sesuatu sebab Yana tinggalkan rumah sewanya dan berjalan tanpa arah tuju. Dia sangat meyesal dengan segala kesilapannya. Dia teringat pada orangtua yang banyak berkorban untuknya."Mak!..maafkan Yana mak.. maafkan Yana ayah.. Yana dah lukakan hati mak dan ayah.." Yana menangis dan memohon ampun dari mak & ayahnya. Yana sangat kecewa dengan lelaki yang dicintainya. Dia terbayang-bayang waktu kekasihnya menolak dirinya. "Kau jangan nak mengada-ngada, jangan nak babitkan aku pulak, mana kau tahu anak dalam perut tu anak aku? ntah anak jantan mana.." dia menolak hingga tersungkur. Yana terlalu takut hingga sanggup melutut merayu di kaki lelaki jahanam tu. " Sampai hati abang.. ini anak kita.. ini anak abang, Yana tak pernah curang dengan orang lain bang.. Yana cintakan abang sorang.." tersedu sedan suara Yana. Namun, walau dia merayu menangis hingga kering air mata, kekasihnya tetap terus saja berlalu tanpa rasa belas, kasih apalagi cinta. Yana rasa dunia gelap tiba-tiba...
Satu persatu wajah kesayangannya terbayang di mata. Tekanan ni membuatkan Yana rasa sakit di perutnya. Yana sakit nak bersalin. Azab sekali keadaannya terpaksa menanggung kesakitan seorang diri. Akhirnya Yana melahirkan anak di tepi sebatang sungai. Selepas payah jerih melahirkan, Yana sempat mencium anaknya dalam keadaan yang sangat lemah dan menggigil. Yana juga tak sempat memberikan susunya kepada permata hati yang baru melihat dunia. Mujur juga ada orang lain memancing kat situ dan dia membantu hingga teman setia Yana tadi dapat mencarinya. Namun malang juga akhirannya sebab walaupun bayinya selamat dilahirkan tapi Yana meninggal kerana kehilangan banyak darah. Tubuh Yana sejuk kaku dengan kepalanya terdiam atas perut bayinya.
Sementelah ayah Yana di kampung insaf dan menerima Yana setelah semuanya 'dah terlambat'. Manakala atas usaha sahabat baiknya, kekasih Yana dapat dijejakinya dan segalanya dibongkarkan kepada keluarganya. Tapi.. aku tak puas hati sebab jantan ni hanya dapat penampar dari bapaknya, lepas tu tak tahu apa jadi. Boooo...riiiing...... tak adiiiiiilllll.
Kepada kaum perempuan kat luar sana, andai kalian berada dalam situasi macam cerita ni janganlah mendiamkan diri dan menghukum bayi yang bakal lahir. Sesungguhnya bayi comel itu tak bersalah. Yang bersalah adalah kalian dan lelaki yang bertanggunjawab melakukannya. Janganlah dibunuh bayi tu. Jangan takut mengadu kepada orang yang boleh dipercayai. Kalau bukan mak ayah, mungkin teman rapat, atau mungkin saudara mara, atau mungkin ustazah, atau agensi tertentu, atau terus ke balai polis. Sekali dah buat silap, janganlah ulangi lagi dengan kesilapan lain. Sayangilah anak dan diri kalian sendiri.
KEPADA KAUM LELAKI YANG TERGOLONG DALAM KEKASIH-KEKASIH TOPENG TERSEBUT, KALAU BELUM BERSEDIA, TAK MAHU & TAK TAU BERTANGGUNJAWAB
SERTA PENAKUT JANGANLAH MEMANDAI-MANDAI NAK IKUT NAFSU DAN MENGGATAL PULAK.
No comments:
Post a Comment